Page 9 - EBULETIN
P. 9
SKIM PINJAMAN PENDIDIKAN
PTPTN BAGI PELAJAR Disediakan oleh:
Unit Pinjaman MiCoST
Pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi (IPTS) di Malaysia mahupun di
luar negara menawarkan program atau kursus yang terkini (in-trend)
sekali gus menarik minat pelajar untuk mengikuti program-program
tersebut. Setiap IPTS di Malaysia seperti Melaka International College
of Science and Technology (MiCoST) akan menawarkan kursus
beserta Skim Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) bagi menampung kos pengajian pelajar sepanjang
tempoh pengajian kepada pelajar yang layak. Dari sumber laman
sesawang PTPTN, ianya menyatakan bahawa tujuan skim pinjaman
ini adalah untuk pelajar yang mengikuti pengajian di institusi pilihan
mereka mendapat pembiayaan penuh atau sebahagian yuran
pengajian sepanjang tempoh pengajian.
Pihak PTPTN menetapkan syarat
permohonan pinjaman seperti:
i) Pemohon hendaklah warganegara Malaysia dan berumur tidak
melebihi 45 tahun pada tarikh memohon.
ii) Mendapat tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik serta memenuhi
syarat kelayakan masuk.
iii) Kursus yang ditawarkan hendaklah mendapat kelulusan daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) yang masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh
memohon yang berdaftar dengan PTPTN.
(Sumber : Portal Perbadanan Tabung Pendidikan
iv) Baki tempoh pengajian adalah tidak kurang dari satu (1) tahun. Tinggi Nasional)
v) Pelajar perlu membuka akaun SSPN-i/SSPN-i Plus.
8 | Julai 2021