Page 12 - EBULETIN
P. 12

Aku menolak pintu tersebut namun tak berjaya dibuka. Puas aku   Aku mula perasan ada CCTV yang dipasang di luar rumah
         menarik dan menolak pintu tersebut namun tidak boleh juga dibuka.   dan pagar rumah wanita itu menggunakan pagar automa-
         Aku tak berputus asa. Aku berlari ke dapur melintasi wanita tersebut,   tik. “Canggihnya! duduk kampung ceruk macam ni pun ada
         aku cuba membuka pintu dapur pula untuk keluar. Puas juga aku   pasang CCTV dan pagar automatik” bisik hatiku. Aku terfikir
         menolak dan menarik pintu tersebut, namun aku tetap tak berjaya   sendiri patut lah tadi pagar ni terbuka sendiri dan mungkin
         untuk membuka pintu itu. Jantung aku berdegup kencang macam   melalui CCTV tadi wanita itu dapat tahu yang aku telah
         nak pecah. Aku dah terperangkap didalam neraka wanita syaitan ini.   tersepak batu.
         Bagaimana caranya untuk aku keluar? Takutnya aku pada waktu itu
         hanya Tuhan sahaja yang tahu.                            Wanita itu menjengah dari pintu hadapan rumah dan
                                                                  bertanya: "Abang Rahmat, betul ke tak nak duit ni, terima
         Lama aku menolak dan menarik pintu dapur rumah itu, akhirnya aku   kasih bang sudi hantar saya malam-malam begini, saya
         mulai putus asa untuk membukanya. Kemudian muncul wanita   bagi rating
         tersebut di dapur rumah. Wanita itu berkata:             5 stars dalam Apps Grabcar ya".

                                                                  Oh, patut lah dia tahu nama dan nombor telefon aku. Aku
         "Abang Rahmat nak pergi mana? Tak nak ambil duit dulu ke?" Wanita   sebelum ni bawak teksi je, baru sahaja cuba-cuba nak buat
         itu melemparkan senyuman sambil menunjukkan wang RM20 kepada   Grabcar ketika itu. Manalah aku tahu sangat guna applica-
         aku.                                                     tion yang canggih zaman sekarang ni.

         Aku berkata pada wanita itu: "Tak mengapalah cik, lepaskanlah saya,   Dengan tersimpul malu aku membalas: "Ok cik, jangan
         saya minta maaf jika saya ada buat apa-apa salah pada cik, tolonglah,   risau, saya ikhlas hantar cik, tak perlu bayar".
         saya hanya nak keluar dari rumah ni"
                                                                  Malunya aku bukan kepalang pada waktu itu. Aku segera
         Wanita tersebut membalas: "Pintu rumah saya ni semuanya jenis   melangkahkan kaki ke kereta dan terus cepat-cepat
         'sliding door'. Kalau abang nak buka pintu, abang kena selak. Jika   memandu keluar dari kawasan kampung tersebut. “Hmm,
         abang tolak, memang tak akan buka lah pintunya".         makin kuat bau getah sekerap pagi-pagi buta ini” Bisik
                                                                  hatiku.
         Mendengar sahaja kata-kata dari wanita itu, aku terus menyelak pintu
         dapur rumah itu dan bergegas keluar. Alangkah leganya hatiku kerana
         telah berjaya keluar dari rumah tersebut. Setibanya di luar rumah, aku
         terus berlari ke hadapan rumah untuk mengambil semula kasutku.
         Aku tercegat kebingungan sambil berfikir adakah benar wanita itu
         pengamal ilmu hitam?















































                                                        11   | Julai 2021
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17