Page 11 - EBULETIN
P. 11

Degupan jantung aku mulai laju saat itu. “Siapa pulak yang bukakan
         pagar rumah ni?” Aku bingung sendirian. Memandangkan aku berada
         di dalam kereta, aku masih lagi boleh menahan ketakutan pada waktu
         itu.

         Tiba-tiba telefon aku berdering, ada nombor yang tidak dikenali
         menelefon aku. Pelik apabila waktu lewat pagi begini ada orang yang
         tak dikenali menelefon. Aku menerima panggilan tersebut. Terdengar
         seseorang berkata:


         "Abang Rahmat, boleh masuk ke dalam rumah saya sebentar?”
         “Aduh! suara wanita tadi. Macam mana                     Kemudian, wanita tersebut memandang pada aku dan

         dia boleh tahu nombor telefon aku?” Aku                  berkata:
         bertanya dibenak fikiranku. Aku mulai                     "Hati-hati bang bila berjalan didepan rumah, tadi abang
                                                                  tersepak batu kan".
         cemas, aku dah fikir yang bukan-bukan
         pada waktu itu. Aku terlalu panik semasa                 Tersentak aku pada waktu itu, tanganku yang memegang
                                                                  cawan mula menggigil. Persoalannya bagaimana wanita itu
         itu dan dengan tidak sengaja aku                         boleh tahu sedangkan tadi dia berada di dapur? Adakah
         terjawab:                                                wanita  ini  pengamal  ilmu  hitam?  Kemungkinan  boleh
                                                                  jadi  juga  dia adalah pengamal ilmu hitam! fikiran nakal
                                                                  aku mula meneka. Wanita tersebut meneruskan perbualan:
         "Ok cik".
                                                                  "Berapa saya hutang abang?"
         Aduhai, mana mungkin aku keluar dari kereta aku ini. Seramnya pada   Aku menjawab "RM20 cik".
         waktu itu bukan kepalang. Aku mula teringatkan filem seram yang
         baru aku tonton tempoh hari, terbayang-bayang babak seekor ponti-  "Kejap saya ambil duit". Balas wanita tersebut.
         anak mencekik seorang lelaki sehingga mati.
                                                                  Di suatu sudut rumah itu terdapat meja solek antik yang
         Tapi disebabkan aku ini seorang pemandu teksi yang professional,   berdekatan dengan televisyen, wanita tersebut pergi ke
         ditambah lagi masih belum dapat upah tambang dari wanita tersebut,   meja solek itu dan mengambil wang didalam laci. Ketika
         aku bertekad memberanikan diri keluar dari kereta dan masuk ke   itu kedudukan wanita tersebut membelakangi aku. Aku
         dalam rumah wanita itu.                                  mula teringat pesan rakan aku dari kampung, jika kita nak
                                                                  tahu samada seseorang itu mengamalkan ilmu hitam atau
         Aku mula melangkahkan kaki menuju ke pintu rumah wanita tersebut.   tidak, kita perlu duduk dibelakangnya dan mengejeknya
         Sedang aku berjalan, malangnya aku tersepak seketul batu. "Aduh,   dari belakang. Jika dia tahu kita sedang mengejeknya maka
         macam manalah boleh ada batu bata di tengah jalan ni!” Aku menge-  sah dia adalah pengamal ilmu hitam. Hal ini disebabkan
         luh. Nasib lah tak luka kaki aku. Aku meneruskan langkah ke depan   syaitan yang dibela oleh pengamal ilmu hitam ini sentiasa
         pintu rumah wanita tadi.                                 duduk di bahu tuannya dan kerana itu pengamal ilmu
                                                                  hitam ini tahu apa yang kita buat walaupun kita berada
         Aku berdiri di depan pintu rumah dan menjengah keadaan dalam   dibelakangnya.
         rumah wanita itu. Aku terdengar suara wanita itu dari dapur:
                                                                  Aku pun cuba lah tips yang disarankan oleh rakan aku dari
         "Masuk dulu bang, jangan risau, adik lelaki saya ada di dalam rumah".  kampung itu. Aku mengejek dengan mengeluarkan
                                                                  lidahku dibelakang wanita tersebut. Wanita tersebut
         Lega hati aku bila dia berkata begitu. Aku membuka kasut dan masuk   tiba-tiba bersuara:
         ke dalam rumah tersebut. Wanita itu keluar dari arah dapur sambil
         membawa secawan kopi panas dan menghidangkannya di atas meja:  "Kenapa abang Rahmat jelir-jelir lidah? Kopi saya kelat ke?"

         "Jemput minum dulu bang". Wanita itu mempelawa.          Macam nak runtuh jantung aku. Sah, perempuan ini
                                                                  pengamal ilmu hitam! Aduhai, apalah malang nasib aku
         Setelah lama memandu, tekak ini memestinya menjadi kering.   malam itu. Kenapa lah aku boleh masuk dalam rumah
         Ditambah cuaca malam yang dingin, kopi panas adalah pilihan   wanita syaitan ni? Aku tak boleh tercegat sahaja, aku tak
         minuman yang sesuai sekali untuk disantap. Aku pun dengan tanpa   boleh berdiam diri, aku kena keluar dari rumah ini segera!
         segan silu duduk dan mula mengangkat cawan untuk minum.  Biarlah tak dapat duit tambang, nyawaku lebih penting
                                                                  dari duit tambang RM20 itu. Aku nekad pada waktu itu
         Wanita itu berjalan ke arah pintu rumahnya dan terus menutup pintu   untuk terus meninggalkan rumah tersebut dan lari. Aku
         sambil memberitahu aku jika tidak di tutup pintu, kelkatu akan masuk.   gegas berdiri dan terus menerjah ke pintu rumah.
         Aku cuma berfikir secara positif sahaja memandang aku percaya
         bahawa adik lelaki wanita tersebut juga ada di dalam rumah.





                                                        10   | Julai 2021
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16