Page 6 - EBULETIN
P. 6
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
FAKULTI SAINS KESIHATAN (FSK),
MiCoST DI PENTAS UTAMA AEON
MALL, BANDARAYA MELAKA.
Disediakan oleh: Norsazliyana Binti Mohamad Ismail
Satu program KHIDMAT MASYARAKAT telah berjaya dijalankan
berpandukan SOP yang ditetapkan oleh KKM bertempat di Pentas Utama
AEON MALL, Bandaraya Melaka pada 30 April 2021. Program ini anjuran
Diploma Sains (AS120) dengan kerjasama Badan Kebajikan Persaudaraan
Islam Melaka (BAKPIS).
Aktiviti ini dapat membantu golongan mualaf B40 bagi persiapan
Sambutan Hari Raya Aidilfitri semasa Pandemik Covid-19. Majlis penutupan
diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Mohd Shahrin (Pengerusi Muallaf
Melaka), Puan Rabiatul Binti Din (Pengarah Akademik, MiCoST ) dan Puan
Siti Nadiah Binti Zulkafli (Dekan FSK, MiCoST). Pihak program juga
menyediakan sumbangan FOODBANK beras (5kg) kepada BAKPIS selain Sesi Bergambar Bersama Wakil Dari PTAR UiTM
sumbangan keperluan asasi. Bandaraya Melaka.
PROGRAM CSR MURAL KECERIAAN FAKULTI
SAINS KESIHATAN (FSK), MiCoST DI PPDK
(SERI UTAMA), AYER KEROH.
Disediakan oleh: Norsazliyana Binti Mohamad Ismail
Satu program CSR telah berjaya dijalankan berpandukan SOP
yang ditetapkan oleh KKM bertempat di Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) Seri Utama, Ayer Keroh pada 8 April 2021. Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Utama merupakan
sebuah badan pertubuhan NGO di bawah seliaan Jabatan
Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.
Program ini bertujuan untuk menceriakan kawasan
pembelajaran dan memberi semangat di kalangan kanak-kanak
istimewa (OKU) agar mereka bersemangat untuk terus belajar
dalam keadaan yang kondusif dan selesa. Antara aktiviti yang
telah dijalankan adalah menghiasi dinding luar dan dalam
premis PDK Seri Utama.
5 | Julai 2021