Page 11 - Buku Panduan Perpustakaan MiCoST Rev#9 (2020)
P. 11
Perpustakaan MiCoST Kampus WAY
Terdapat 3 buah bilik perbincangan yang disediakan dan boleh memuatkan maksimum
4 orang sahaja.
Untuk menggunakan bilik perbincangan, pengguna perlu datang ke kaunter sirkulasi
dengan membawa kad matrik.
g. Bilik siber
Terdapat beberapa buah komputer yang disediakan, untuk menggunakannya,
pengguna perlu datang ke kaunter sirkulasi dengan membawa kad matrik.
10.0 KOLEKSI PERPUSTAKAAN
a. Koleksi rak terbuka
Koleksi ini meliputi pelbagai bidang dan boleh dipinjam keluar oleh pengguna
mengikut ketetapan yang diberikan.
b. Koleksi rujukan
Koleksi ini terdiri daripada ensiklopedia, kamus, direktori, biografi, bibliografi, buku
istilah, indeks, abstraks, atlas dan laporan tahunan. Bahan-bahan ini boleh dirujuk di
dalam perpustakaan sahaja dan tidak boleh dipinjam keluar.
c. Koleksi redspot
Bahan di dalam koleksi ini merupakan bahan bacaan utama/ wajib yang disyorkan oleh
pensyarah. Bahan-bahan ini boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja dan tidak
boleh dipinjam keluar.
d. Koleksi media
Koleksi ini terdiri daripada bahan bukan bercetak seperti video CD, CD-ROM, dan DVD.
Bahan ini tidak boleh dipinjam keluar dan hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan
untuk tempoh 2 jam sahaja.
Rev#9
Effective date: 31/1/2020 8