Page 15 - Buku Panduan Perpustakaan MiCoST Rev#9 (2020)
P. 15

12.0 PERATURAN PERPUSTAKAAN



                   1.  Pengguna mestilah patuh kepada peraturan senyap di perpustakaan.


                   2.  Pengguna mestilah membenarkan kakitangan yang bertugas memeriksa buku, fail
                        dan lain-lain yang dibawa keluar dari perpustakaan jika diminta.


                   3.  Makan, minum dan membuat sampah adalah dilarang di dalam perpustakaan.

                   4.  Dilarang merokok di kawasan perpustakaan.


                   5.  Beg,  topi  keledar,  payung,  baju  hujan  dan  bungkusan  tidak  dibenarkan  dibawa

                        masuk ke dalam perpustakaan.

                   6.  Pengguna perpustakaan yang membuat salinan fotokopi adalah bertangungjawab

                        sepenuhnya ke atas apa-apa perkara yang bersabit dengan Akta Hakcipta 1987.

                   7.  Pengguna  tidak  dibenarkan  mengguna  telefon  bimbit  di  dalam  perpustakaan

                        sehingga mengganggu pengguna yang lain.


                   8.  Dilarang mengubah kedudukan peralatan dan perabot dari kedudukan asal.

                   9.  Pengguna  mestilah  berpakaian  kemas  seperti  yang  telah  ditetapkan  oleh  pihak

                        kolej. Pihak perpustakaan berhak meminta pengguna yang tidak berpakaian kemas

                        meninggalkan perpustakaan.

                   10.  Pengguna  tidak  dibenarkan  membawa  masuk  apa  jenis  haiwan  ke  dalam

                        perpustakaan.

                   11.  Pengguna  tidak  dibenarkan  sama  sekali  merosak/  mengoyak  buku  dan  lain-lain

                        harta perpustakaan.


                   12.  Pihak perpustakaan berhak meminda peraturan perpustakaan dari masa ke semasa.















       Rev#9
       Effective date: 31/1/2020
                                                                                                                12
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20