Page 10 - Buku Panduan Perpustakaan MiCoST Rev#9 (2020)
P. 10
9.0 KEMUDAHAN
a. Akses WiFi
Akses kepada WiFi boleh dicapai di seluruh kawasan perpustakaan dan ianya adalah
percuma untuk semua pengguna Perpustakaan MiCoST.
b. Meja karel
Terdapat meja karel yang disediakan untuk kegunaan pengguna yang ingin
mengulangkaji secara sendirian.
c. Kemudahan fotokopi
Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan fotokopi yang disediakan di dalam
perpustakaan.
d. Kemudahan mencetak
Pengguna boleh menggunakan menggunakan perkhidmatan mencetak yang
disediakan di dalam perpustakaan.
e. Loker
Kemudahan loker disediakan di luar perpustakaan dan boleh digunakan semua
pengguna secara terbuka dan percuma.
f. Bilik perbincangan
Terdapat 2 jenis bilik perbincangan yang disediakan mengikut kampus sperti berikut:
Perpustakaan MiCoST Kampus Graha
Terdapat 2 jenis bilik perbincangan yang disediakan iaitu:
• Bilik perbincangan kecil
Bilik ini boleh memuatkan maksimum seramai 4 orang sahaja.
• Bilik perbincangan besar
Bilik ini boleh memuatkan maksimum seramai 15 orang sahaja dan terdapat
papan putih yang disediakan untuk tujuan perbincangan.
Rev#9
Effective date: 31/1/2020
7