Page 8 - Buku Panduan Perpustakaan MiCoST Rev#9 (2020)
P. 8

b.  Pemulangan

                     Pemulangan bahan boleh dilakukan dengan membawa bahan yang ingin dipulangkan

                     ke  kaunter  sirkulasi.  Bahan  yang  telah  dipinjam  perlulah  dipulangkan  pada  atau

                     sebelum masa yang telah ditetapkan. Denda akan dikenakan kepada pengguna yang
                     lewat memulangkan bahan yang telah dipinjam. Kadar denda adalah seperti berikut:

                       Bil.                  Jenis                           Kadar Denda



                        1            Koleksi Rak terbuka                      RM0.50/hari


                        2               Koleksi Media                        RM5.00/sejam



                 c.  Pembaharuan tarikh pemulangan

                     Pengguna  boleh  melanjutkan  tempoh  peminjaman  bahan  (Koleksi  Rak  Terbuka).

                     Pembaharuan tarikh pemulangan boleh dilakukan di kaunter sirkulasi dengan syarat

                     tiada  tempahan  daripada  pengguna  lain,  bahan  masih  dalam tempoh  pinjaman dan

                     tiada denda yang tertunggak. Pembaharuan tarikh pemulangn hanya boleh dilakukan
                     sebanyak 2 kali sahaja.



                 d.  Tempahan bahan
                     Tempahan  bahan  hanya  dibenarkan  bagi  bahan  (Koleksi  Rak  Terbuka)  yang  sedang

                     dipinjam oleh pengguna lain. Tempahan boleh dibuat di kaunter sirkulasi atau secara

                     atas talian. Bahan tempahan akan disimpan selama 1 minggu sahaja dan akan disusun

                     semula di rak jika pengguna yang menempah bahan tidak meminjam bahan tersebut.


                 e.  Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)

                     Sistem  Pembekalan  Penerbitan  (SPP)  juga  dikenali  sebagai  Pinjaman  Antara

                     Perpustakaan (PAP). Perkhidmatan ini menawarkan peminjaman bahan yang tiada di
                     Perpustakaan  MiCoST  dan  dimiliki  oleh  perpustakaan  lain  yang  berdaftar  di  bawah

                     PERPUN. Bagi perkhidmatan ini, Borang Permohonan Sistem Pembekalan Penerbitan

                     (SPP) boleh didapati di kaunter sirkulasi Perpustakaan MiCoST.







              Rev#9
              Effective date: 31/1/2020
                                                                                                                 5
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13