Page 9 - Buku Panduan Perpustakaan MiCoST Rev#9 (2020)
P. 9
f. Bahan hilang / rosak
Pengguna bertanggungjawab melaporkan sebarang kehilangan atau kerosakan bahan
yang dipinjam kepada kakitangan yang bertugas di kaunter sirkulasi. Penggantian
bahan yang hilang/ rosak boleh dilakukan dengan beberapa cara:
i. Pengguna membeli terbitan terkini bahan yang telah hilang/ rosak dan
menyerahkan ke perpustakaan.
ii. Pengguna membayar ganti rugi nilai edisi terkini bagi bahan hilang/ rosak.
iii. Sekiranya bahan lama yang tidak dapat dikesan harganya, bagi bahan terbitan
tempatan RM50.00 manakala terbitan luar Negara RM150.00.
iv. Kerosakan ringan: koyak pada kulit buku, muka surat terpisah jahitannya-
tindakan denda RM20.00 untuk kos pembaikan.
v. Kerosakan teruk: terkena air, kotor pada kebanyakan muka surat, muka surat
terkoyak- tindakan denda ialah menggantikan buku baharu.
Kos proses akan dikenakan bagi setiap bahan yang hilang/rosak sebanyak RM15.00.
g. Pangkalan data elektronik
Perkhidmatan ini boleh di akses dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian
internet. Kata laluan boleh di dapati di kaunter sirkulasi.
i. Pangkalan data dalaman
• Kertas soalan peperiksaan
ii. Pangkalan data atas talian
• https://my.openathens.net
iii. E-book
• http://portal.igpublish.com/iglibrary/
Rev#9
Effective date: 31/1/2020
6