Page 9 - Istiadat Konvokesyen MiCoST Ke 7
P. 9
8 | Istiadat Konvokesyen MiCoST ke-7
Secoret Tinta
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera
Segala puji ke hadrat Allah swt atas limpah kurnia dan kasih sayangNya. Selawat dan salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya maka Majlis Konvokesyen
Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) Ke-7 dapat diadakan.
Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada para graduan MiCoST yang berjaya
bergraduasi. Saya yakin kejayaan para graduan pasti membanggakan banyak pihak terutamanya ibu bapa
dan para pensyarah yang telah banyak berkorban memberikan sokongan dan dorongan yang berterusan.
Kejayaan para graduan juga menjadi kebanggaan kepada seluruh warga pengurusan MiCoST. Ini mem-
buktikan bahawa MiCoST telah sama-sama berjaya dalam usaha melahirkan generasi muda yang lebih
berpengetahuan dan bermaklumat dalam menghadapi cabaran dunia masa kini yang semakin kompetitif
dan global.
Saya berharap semua graduan yang juga merupakan alumni MiCoST, agar sentiasa menjaga nama baik
dan berakhlak mulia walau di mana sahaja anda berada. Kalian semua merupakan duta kecil MiCoST yang
mampu mencorak persepsi positif dan ikutan kumpulan bakal pelajar MiCoST.
Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t dan tahniah kepada para graduan
MiCoST bersempena Majlis Konvokesyen MiCoST Ke-7. Kepada semua pihak yang berusaha menyumbang
tenaga menjayakan majlis konvokesyen kali ini, saya juga ucapkan jutaan terima kasih.
“MICOST MAJU JAYA”
Salam hormat
YBRS EN AKMAL BIN ABDUL MANAP
Ketua Eksekutif MiCoST