Page 7 - Istiadat Konvokesyen MiCoST Ke 7
P. 7

6 | Istiadat Konvokesyen MiCoST ke-7




                                      Sekapur Sirih
















            Salam Sejahtera dan Salam MiCoST Maju Jaya

            Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
            kurnia-Nya, MiCoST dapat menganjurkan Majlis Konvokesyen Ke-7 untuk meraikan kejayaan para graduan.
            Setinggi- tinggi tahniah diucapkan kepada para graduan yang telah melakar kecemerlangan dalam bidang
            pengajian masing- masing.

            Sesungguhnya kejayaan para graduan yang dikecapi pada hari ini adalah hasil usaha gigih dan komitmen
            yang diberikan sepanjang tempoh pembelajaran peringkat diploma di MiCoST. Saya berharap pencapaian
            ini tidak akan berakhir disini. Semoga para graduan akan terus menyambung pengajian ke peringkat
            seterusnya.

            Bagi Pihak Pengurusan dan seluruh warga MiCoST, saya juga berharap akan dapat meningkatkan lagi
            usaha dan kerjasama di peringkat dalaman dan luaran bagi membolehkan pelbagai penambahbaikan dari
            segi kemudahan infrastruktur dan akademik dapat dilaksanakan mengikut perancangan.

            Semoga segala usaha dan perancangan yang diatur akan berjaya melahirkan graduan yang kompeten dan
            berketrampilan  tinggi dalam  pelbagai bidang yang diterokai sejajar  dengan  matlamat MiCoST untuk
            muncul sebagai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang berwibawa dan terus mendapat kepercayaan
            ibu bapa dan pelajar.

            Akhir kata, saya mendoakan para graduan MiCoST berjaya dalam fasa kehidupan seterusnya. Semoga
            saudara- saudari sekalian bakal menjadi individu yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

            Salam hormat

            YB DATUK NOOR EFFANDI BIN AHMAD
            Pengerusi Lembaga Pengarah MiCoST
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12