Page 5 - Istiadat Konvokesyen MiCoST Ke 7
P. 5

4 | Istiadat Konvokesyen MiCoST ke-7




                                 Sejambak Bicara
















            Salam Sejahtera dan Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Sejahtera Menggamit Dunia

            Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita
            meraikan Majlis Konvokesyen Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) Ke-7.

            Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan tertinggi dan seluruh warga MiCoST
            kerana berjaya menganjurkan majlis konvokesyen ini bagi meraikan para graduan yang telah menamatkan
            sesi pengajian mereka.

            Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada para graduan yang bakal menggenggam segulung diploma
            pada hari ini. Syabas saya ucapkan atas kesungguhan kalian selama ini.  Begitu juga kepada semua ibu
            bapa dan pensyarah yang telah memberikan sokongan dan dorongan dalam usaha untuk melahirkan
            generasi yang cemerlang dan cintakan ilmu, Tahniah sekali lagi saya ucapkan.

            Saya yakin, kejayaan para graduan hari ini sudah pasti mampu menjadi pencetus kepada kejayaan yang
            lebih hebat dan besar pada pada masa akan datang. Dalam arus kepesatan teknologi dunia tanpa
            sempadan, para graduan perlu bijak mengatur strategi dan bersiap siaga menghadapi cabaran dan
            dugaan demi mencapai kejayaan dalam kehidupan.  Jadikan integriti sebagai amalan hidup dalam usaha
            mengejar impian di samping memperlengkap diri dengan pelbagai ilmu kemahiran untuk mampu
            bersaing dan terus maju ke hadapan.

            Syabas kepada seluruh tenaga kerja MiCoST, khususnya para pensyarah yang dedikasi, sabar serta tidak
            kenal putus asa dalam memberi tunjuk ajar bagi mencapai misi melahirkan anak bangsa berminda kelas
            pertama yang bakal memacu pembangunan dan kemajuan negara.

            Akhir kalam, saya bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, sekali lagi mengucapkan tahniah kepada para
            graduan, ibu bapa dan pensyarah.  Semoga para graduan berjaya mencapai segala cita-cita dan impian
            masing-masing.  Saya juga mendoakan MiCoST terus cemerlang melahir lebih ramai graduan yang
            berkualiti,  berakhlak serta berdaya saing.  Selamat Maju Jaya.

            Salam hormat

            YAB DATUK SERI UTAMA
            (DR) HJ. SULAIMAN BIN MD ALI
            Ketua Menteri Melaka
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10