Page 35 - Istiadat Konvokesyen MiCoST Ke 7
P. 35
34 | Istiadat Konvokesyen MiCoST ke-7
Anugerah Graduan Terbaik
Keseluruhan
AFIQ IKRAM BIN ZAIMI
Pada tanggal 13 April 1999, lahir seorang putera yang diberi nama AFIQ IKRAM BIN ZAIMI. Kelahiran beliau di Hospital
Mentakab, Pahang yang merupakan kelahiran sulong, disambut dengan penuh kesyukuran dan merupakan
anugerah Allah yang terindah kepada sepasang suami isteri iaitu Encik Zaimi Bin Hashim dan Puan Suzilah
Binti Said.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, Melaka. Seterusnya beliau melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Menengah Durian Tunggal, Melaka dari Tingkatan 1 sehingga 3. Beliau kemudiannya berpindah
ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka untuk meneruskan pengajian di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
Dalam usaha untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, beliau telah membuat keputusan untuk
menyambung pelajaran di peringkat Diploma dan dengan izinNYA beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran
di Melaka International College of Science and Technology (MiCoST) di dalam program Diploma Pengajian
Perniagaan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan bagi sesi pengambilan Jun 2017.
Kecemerlangan beliau dalam pelbagai aspek mula menyerlah sejak zaman persekolahan. Bakat kepimpinan yang
ada pada diri beliau telah melayakkan beliau untuk dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengerusi Pengakap Sekolah
dan Pengawas Koperasi Sekolah. Beliau juga aktif dalam aktiviti seni pertahankan diri iaitu takewando dan aktiviti
kelab/persatuan. Beliau turut mewakil sekolah dalam Program Pendidikan Lalulintas MKJR/SHELL dan Program
Toyota Eco Youth 2015.
Kecemerlangan dan bakat yang ada tetap terus dibawa semasa beliau menyambung pelajaran di MiCoST dan beliau
telah menerima pelbagai anugerah iaitu :
. Anugerah Dekan selama 4 semester.
.
.
Penerima Pingat bagi Kejohanan Taekwon-Do (MGTF) Jemputan Kebangsaan 2018 (Mewakili Negeri
. Penerima Pingat bagi Putrajaya Taekwon-Do Challenge 2017 (Mewakili Negeri Melaka).
Melaka).
. Penerima Pingat bagi Kejohanan Taekwon-Do Lagenda 2018 Terbuka Kedah (Mewakili Negeri Melaka).
. Penerima Piala bagi Anugerah Moon Moo Academy 2018.
Penerima Piala bagi Anugerah Mat Selamat Award 2019.