Page 33 - Istiadat Konvokesyen MiCoST Ke 7
P. 33
Istiadat
KONVOKESYEN
Melaka International College of Anugerah Ikon MiCoST
Science & Technology (MiCoST)
NUR ELIANA BINTI ARIFFIN
NUR ELIANA BINTI ARIFFIN dilahirkan pada 30 November 1997 di Melaka. Beliau merupakan anak sulung daripada
dua orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Demang Hussien bermula
dari Darjah 1 hingga ke Darjah 6. Seterusnya untuk peringkat menengah pula, beliau mendapat pendidikan di
Sekolah Sukan Negeri Melaka Seri Kota dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil, Melaka. Dalam mengejar
cita-cita, beliau kemudiannya menyambung pengajian di peringkat Diploma di Melaka International College of
Science and Technology (MiCoST) dalam bidang Teknologi Diploma Rekabentuk Grafik, Fakulti Teknologi Maklumat
& Multimedia ambilan Jun 2017.
Beliau merupakan pelajar yang sangat aktif di dalam bidang sukan semenjak di zaman persekolahan. Sukan golf
telah menjadi pilihan beliau dan kejayaan yang diperolehi dalam pertandingan di peringkat Majlis Sukan Sekolah
Negeri Melaka ketika berusia 10 tahun telah menjadi satu platform untuk beliau terus mengasah bakat di dalam
sukan ini. Pada usia 11 tahun, beliau telah menyertai Majis Sukan Sekolah Malaysia, ASEAN School Golf Championship,
SUKMA, SUKIPT, Fuisu World University Championship dan ASEAN University Game.
Kebolehan beliau dalam bidang sukan golf semakin menampakkan kejayaan apabila mendapat pingat 1 emas dan
1 perak dalam acara golf sukan SUKMA 2018 di peringkat negeri. Beliau meneruskan perjuangan di peringkat ASEAN
University dan sekali lagi beliau mencipta kejayaan dengan memperoleh 1 pingat emas dalam acara berpasukan
wanita.
Kecemerlangan beliau bukan hanya menyerlah di dalam bidang sukan, beliau juga turut cemerlang dalam
pengajian dengan pencapaian anugerah dekan bagi 5 semester sepanjang pengajian di MiCoST. Beliau turut
mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi dan melayakkan beliau untuk memegang portfolio sebagai EXCO Sukan
dan Kebudayaan di dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) pada sesi 2018. Pencapaian beliau di dalam bidang sukan
memberi impak yang tinggi, inspirasi dan innovasi kepada masyarakat dan warga MiCoST melayakkan beliau untuk
ANUGERAH IKON MiCoST pada Majlis Konvokesyen MiCoST Ke-7.